Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya
PENGENALAN
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciriciri fizikal.
Pendidikan khas didefinisikan sebagai pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid kurang upaya. Culatta (1999)
Oleh itu, kanak-kanak berpendidikan khas ini ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memelukan kaedah pengajaran yang berbeza daripada kanak-kanak biasa.
Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran
- Pelajar yang mempunyai masalah neurologikal akan menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, komunikasi, penulisan, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Pelajar ini mengambil masa yang panjang untuk memahami apa yang dibelajar.
Pelajar pintar cerdas
- Pelajar pintar cerdas adalah pelajar yang cepat dan pantas dalam pembelajaran. Kebiasaannya, pelajar ini akan menerima pelajaran lebih awal daripada pelajar biasa. Hal ini disebabkan oleh IQ mereka lebih tinggi daripada pelajar lain. Mereka akan dimasukkan dalam program pendidikan khas yang bertujuan untuk mencungkil bakat mereka.
Jenis Program Pendidikan Khas
1. Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
• Sekolah ini di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK).
• Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan
2. Program Pendidikan Khas Integrasi
• Di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
• Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran.
• Pelajar ini akan ditempatkan di kelas khas sekolah biasa dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah secara pengasingan dan separa inklusif.
3. Program pemulihan Khas
• Khusus untuk pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.
• Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan pengasingan sementara.
4. Program Inklusif (PI)
Cabaran Guru Mengajar Pelajar Berkeperluan Khas
1) Memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayani kerenah pelajar
2) Perlu menggunakan kaedah yang kreatif dan kritis semasa mengajar
3) Perlu berhadapan dengan sikap ibu bapa yang meletakkan harapan yang tinggi terhadap anaknya
RUMUSAN
Kesimpulan daripada topik ini, saya dapat rumuskan bahawa setiap guru perlu mengenal pasti sama ada pelajarnya mempunyai masalah keupayaan ataupun tidak. Jika guru sudah mengenal pasti, guru perlulah menggunakan cara pengajaran yang berbeza dengan pelajar biasa mengikut kesesuaian pelajar.
Comments
Post a Comment