Pengurusan Alam Pembelajaran

PENGENALAN

• Menurut Nurlia Mohamad pengurusan pembelajaran merupakan proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru,menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.
• Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

KONSEP PENGAJARAN

• Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. 
• Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

KEMAHIRAN GURU UNTUK MENGURUS PEMBELAJARAN


- Pengetahuan guru mengenai latar belakang pelajar
- Menetapkan peraturan dalam bilik darjah
- Perancangan rapi tentang susun atur bilik darjah
- Pengurusan kelas mengikut pendekatan.kaedah dan teknik mengajar yang sesuai


OBJEKTIF PENGAJARAN

Implisit -Boleh memahami dan menghargai.
Eksplisit - Boleh menjelaskan dan menyenaraikan apa yang telah diajar


BUKU REKOD MENGAJAR
 
• Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. 
• Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting : 
  1.Rancangan Pelajaran Tahunan
  2.Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan.isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatansukatan       kebangsaan

Komponen PdPc

- Objektif pengajaran
- Strategi pengajaran yang sesuai
- Bahan bantu mengajar
- Maklum balas
- Penilaian

PELAKSANAAN PDPC

Penutup - Guru merujuk semula objektif pembelajaran kemudian membincangkan nilai murni
Penyampaian isi - Guru mengajar input baru dan memberi nota. Bahan sumber pembelajaran amat penting kerana ia dapat meransang komunikasi dan pemikiran pelajar. 
Set Induksi - Satu set pembelajaran untuk memulakan PdPc yang melibatkan idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik minat murid.

PERINGKAT KAJIAN TINDAKAN

Peringkat 1: Tinjauan mengenal pasti apakah masalah yang cuba diselesaikan atau proses peningkatan prestasi
Peringkat 2: Perancangan merancang apakah tindakan/interv ensi yang ingin dijalankan
Peringkat 3: Pemerhatian menjalankan tindakan/ intervensi yang telah dirancang
Peringka 4: Refleksi menjalankan refleksi berkenaan intervensi yang telah dijalankan

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, setiap calon guru perlulah merancang dan membuat persediaan yang cukup sebelum memasuki alam pekerjaan sebagai seorang guru. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. sebagai contoh kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai.

Comments

Popular posts from this blog

Pemilihan Seorang Watak dalam kelas Kps3014

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Budaya