Pengurusan Penasihatan Murid


PENDAHULUAN (Konsep Penasihatan)


- Menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.
- Gibson dan Mitchell (1999) mengatakan bahawa nasihat digunakan bagi memberi maklumat baru dan berguna kepada pelajar. Kemudian, ia mengajar kita cara untuk berfikir dan bertindak.
- Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Kedua), penasihat membawa maksud orang yang memberi nasihat kepada orang lain. Nasihat pula didefinisikan sebagai ajaran, peringatan dan juga petunjuk yang baik.



Oleh itu, tajuk ini boleh disimpulkan sebagai pendekatan yang boleh dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah untuk menangani kemelut atau permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring.



Penasihatan murid ini berkait rapat dengan kaunseling. Kaunseling ialah perbincangan mengenai masalah seseorang yang biasanya berbentuk emosi. Perbincangan ini melibatkan kaunselor dengan pelajar supaya masalah yang wujud itu dapat ditangani dengan baik. Khidmat kaunseling di sekolah bermula pada tahun 1968, ketika itu dikenali sebagai ‘khidmat bimbingan’. Kaunseling cuba membentuk kesihatan mental manusia supaya dapat berfikir dengan lebih positif tentang orang lain serta dapat memenuhi tuntutan hidup. Bukan itu sahaja, kaunseling juga penting untuk membantu seseorang dari segi motivasi dan strategi yang betul dalam membuat sesuatu perkara.



Tiga komponen pengurusan penasihatan murid :



1. BIMBINGAN
- Merujuk kepada program membantu pelajar dengan memberikan tunjuk ajar dan panduan dalam membuat sesuatu perkara. - Juga merupakan proses membantu pelajar memahami dan mengenali dunia mereka.



Peranan Pembimbing 

i) Membantu mengembangkan kebolehan seseorang 
ii) Menolong individu untuk menyusuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Ciri-ciri Pembimbing 

i) Mempunyai pengetahuan yang tinggi 
ii) Mempunyai konsep kendiri yang positif 
iii) Ikhlas dalam membantu orang lain 
iv) Mempunyai komitmen yang tinggi



2. PENASIHATAN
 Penasihatan memfokuskan kepada masalah yang dihadapi dan ia merupakan strategi yang paling
efektif dalam penyelesaian masalah.
 Penasihatan ini berbentuk arahan dan juga suruhan.



Peranan Penasihatan 

i) Mencari strategi yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah
ii) Untuk membentuk arahan dan suruhan



Proses Bimbingan dan Penasihatan :

- Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar
- Mengawal kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan
- Proses mengenali pelajar
- Proses membimbing pelajar
- Analisis penilaian



3. MENTORING
- Proses membantu pelajar oleh guru yang berpengalaman.
- Proses memberi sokongan dan galakan secara professional dalam usaha membangunkan diri pelajar. 
- Proses ini melibatkan mentor dan mentee



Peranan Mentoring 
i) Memfokuskan kepada kerjaya dan pembangunan diri


RUMUSAN
Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar bagi membantu para pelajar membuat keputusan dalam pembelajaran. Ketiga-tiga kaedah ini dapat menolong pelajar membangunkan diri mereka secara menyeluruh dan antara tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan memberi galakan, sokongan dan motivasi kepada mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Pemilihan Seorang Watak dalam kelas Kps3014

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Budaya