Posts

Pemilihan Seorang Watak dalam kelas Kps3014

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada cik Izzazol dan rakan-rakan sekalian. Untuk pemilihan watak di dalam kelas , saya memilih Afiqah Salihah bt Kamaruddin .  Saya mula mengenali dia sejak daripada hari pendaftaran kemasukan ke UPSI. Kami terdiri daripadan program ISMP yang sama iaitu sejarah tetapi saya kurang berjumpa dengan dia kerana jadual kami yang tidak sama. Pada semester ini, saya dapati Afiqah satu kelas dengan saya untuk subjek KPS 3014, Alhamdulillah ada juga kawan yang saya kenali.  Saya berasal dari Kelantan manakala Afiqah pula berasal dari Selangor dan ini membenarkan kami berkomunikasi antara satu sama lain dengan senang dan lancar. Umur kami juga tidak begitu jauh di mana Afiqah lahir pada tahun 1996 dan saya lahir pada tahun 1997. Afiqah merupakan seorang yang baik hati dan banyak menolong saya dalam pelajaran. Dia juga banyak memberi kata-kata semangat kepada saya disaat saya "down" dalam pelajaran. Saya berharap, saya dan Afiq...

Pengurusan Alam Pembelajaran

PENGENALAN • Menurut Nurlia Mohamad pengurusan pembelajaran merupakan proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru,menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. • Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. KONSEP PENGAJARAN • Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.  • Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu...

Sekolah dan Persekitaran

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Sekolah adalah sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi sebagai gedung untuk menimba ilmu. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembanan pelajar. HUBUN GAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT Konsep masyarakat : -            Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan merasakan bahawa mereka akan hidup bersama (Mohd. Yusof Hashim, (1986:11)). Konsep sekolah : Ø    Sekolah merupakan tempat yang saling penting untuk proses sosialisasi atau dikenali sebagai masyarakat kecil. Ø    Willard Waller (1932) dalam buku T.Marimuthu mengatakan ada 4 alasan mengapa sekolah dikaji sebagai unit-unit sosial : 1)mempunyai anggota yang nyata. 2)mempunyai struktur sosial yang jelas, akibat daripada mod interaksi sosial di dalam sekolah 3)diserapi oleh rasa kekitaan. 4)mempunyai 1 budaya yang tersendiri. ...

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya

PENGENALAN  Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciriciri fizikal.  Pendidikan khas didefinisikan sebagai pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid kurang upaya. Culatta (1999)  Oleh itu, kanak-kanak berpendidikan khas ini ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memelukan kaedah pengajaran yang berbeza daripada kanak-kanak biasa. Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran - Pelajar yang mempunyai masalah neurologikal akan menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, komunikasi, penulisan, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Pelajar ini mengambil masa yang panjang untuk memahami apa yang dibelajar. Pelajar pintar cerdas - Pelajar pintar cerdas adalah pelajar yang cepat dan pantas dalam pembelajaran. Kebiasaannya, pelajar ini akan mene...

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Budaya

KONSEP PENGURUSAN BUDAYA Ø    Kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Ø    Pengurusan pelbagai budaya adalah amat penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu memberi implikasi kepada semua warga dalam sekolah. Ø    Pengurusan pelbagai budaya penting dalam memastikan guru dan pelajar menambah ilmu pengetahuan, amalan profesion keguruan meningkat dan produktiviti bertambah. KEPELBAGAIAN BUDAYA MURID       ·           Bahasa – Melayu, Cina, Tamil, Cantonis, dan lain-lain       ·           Kaum – Melayu, Cina, India       ·           Jantina – Perempuan, Lelaki       ·           Umur – 13,14,15,16,17     ...

Pengurusan Penasihatan Murid

PENDAHULUAN (Konsep Penasihatan) - Menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. - Gibson dan Mitchell (1999) mengatakan bahawa nasihat digunakan bagi memberi maklumat baru dan berguna kepada pelajar. Kemudian, ia mengajar kita cara untuk berfikir dan bertindak. - Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Kedua), penasihat membawa maksud orang yang memberi nasihat kepada orang lain. Nasihat pula didefinisikan sebagai ajaran, peringatan dan juga petunjuk yang baik. Oleh itu, tajuk ini boleh disimpulkan sebagai pendekatan yang boleh dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah untuk menangani kemelut atau permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring. Penasihatan murid ini berkait rapat dengan kaunseling. Kaunseling ialah perbincangan mengenai masalah seseorang yang biasanya berbentuk emosi. Perbincanga...

Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin

PENGENALAN : Tingkah laku adalah merupakan sesuatu yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Menurut pandangan Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandu lar) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matmalat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, 2005). Satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif yang sewajarnya setiap guru sewajarnya memilikinya. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan. FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH TINGKAH LAKU ...