Pemilihan Seorang Watak dalam kelas Kps3014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada cik Izzazol dan rakan-rakan sekalian. Untuk pemilihan watak di dalam kelas , saya memilih Afiqah Salihah bt Kamaruddin . Saya mula mengenali dia sejak daripada hari pendaftaran kemasukan ke UPSI. Kami terdiri daripadan program ISMP yang sama iaitu sejarah tetapi saya kurang berjumpa dengan dia kerana jadual kami yang tidak sama. Pada semester ini, saya dapati Afiqah satu kelas dengan saya untuk subjek KPS 3014, Alhamdulillah ada juga kawan yang saya kenali. Saya berasal dari Kelantan manakala Afiqah pula berasal dari Selangor dan ini membenarkan kami berkomunikasi antara satu sama lain dengan senang dan lancar. Umur kami juga tidak begitu jauh di mana Afiqah lahir pada tahun 1996 dan saya lahir pada tahun 1997. Afiqah merupakan seorang yang baik hati dan banyak menolong saya dalam pelajaran. Dia juga banyak memberi kata-kata semangat kepada saya disaat saya "down" dalam pelajaran. Saya berharap, saya dan Afiq...