Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah :

·    Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
·     Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha bagi mengekalkannya di mana iklimnya kondusif bagi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).
·     Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).

Punca Berlakunya Perlakuan Negatif Murid di Sekolah :

  ü  Perubahan dalam masyarakat
  ü  Pengaruh media sosial
  ü  Pengaruh teknologi
  ü  Suasana sekolah

Tips Pengurusan Bilik Darjah :

1)      Elakkan berdiri di suatu tempat
2)      Menunaikan janji yang diberikan
3)      Mempertimbangkan cara memberi ganjaran kepada pelajar
4)      Menyusun atur semula kedudukan murid dari semasa ke semasa

Teknik Kawalan Perlakuan Murid :

  Ø  Memaparkan nada positif
  Ø  Menetapkan jangkaan yang jelas
  Ø  Sistem ganjaran yang konsisten
  Ø  Mewujudkan pelan perlakuan

Cara Pengurusan Tingkah Laku Bilik Darjah Di Sekolah :

        i.            Ketekalan / konsisten
      ii.            Memantau perlakuan pelajar
    iii.            Pengurusan segera kepada tingkah laku negatif

Amalan Dalam Menguruskan Bilik Darjah Yang Patut Diamalkan Seorang Guru

a        Merancang  Mengurus  Mengelola  Mengarah  Mengawal
        
     RUMUSAN

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).

Comments

Popular posts from this blog

Pemilihan Seorang Watak dalam kelas Kps3014

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya

Pengurusan Alam Pembelajaran