Pengurusan Murid


Definisi Pengurusan :

Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. “Pengurusan adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi.“ (Michael & Jones 2000) “ Pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.” (Snel, Bateman 2000) 

Definisi Murid :

Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah mahupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada. Abu Ahmadi(2003)  juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau individu.

1. Tujuan Mengurus Rekod Murid


  • Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah 
  • Kemaskini profil murid 
  • Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar 
  • Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI) 
  • Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka. 
  • Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.


2. PERSEDIAAN MURID UNTUK BELAJAR


Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama.

3. MEMOTIVASIKAN MURID

Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman , perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.

RUMUSAN

Secara rumusnya faedah mengurus maklumat murid ialah data dan maklumat dapat disimpan dengan lebih baik dan tersusun. Malah, maklumat mudah dicapai dan digunakan dengan menggunakan sistem pengurusan data. Selain itu, semua pentadbir, kakitangan akademik dan bukan akademik mudah mendapatkan data dan membuat analisa. Mudah untuk membuat keputusan berkaitan dengan gaji, prestasi akademik dan bukan akademik. Pentadbiran khususnya kerani dan kerani kewangan dapat menggunakan teknologi IT dengan sepenuhnya. Faedah dan kebaikan maklumat kepada masyarakat. Maklumat mudah dicapai melalui Internet. Ibu bapa, pelajar dan warga seluruh dunia dapat membaca maklumat tentang sekolah dari homepage sekolah. Faedah maklumat kepada jabatan dan kementerian. Pihak pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan mudah mendapatkan data dan maklumat daripada sekolah. Sistem perisian yang seragam di peringkat daerah , negeri dan negara memudahkan data itu diurus dan digabungkan. Prestasi pendidikan negara dapat dianalisis dengan cepat .Tindakan serta merta dan rancangan jangka panjang dapat dilaksanakan berdasarkan maklumat tepat yang diberikan oleh setiap sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Pemilihan Seorang Watak dalam kelas Kps3014

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya

Pengurusan Alam Pembelajaran