Sosiologi dan Pembelajaran

                  PENDAHULUAN

Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”.Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tisher, Whitten dan Hunter (1983). 
Tiga isi penting yang telah saya perolehi dalam tajuk ini ialah:

                        Teori Fungsionalisme

Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
Brinkerhoff & White (1989) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi.


Teori Konflik


Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)
Teori ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
Mengkritik golongan kapitalisme yang memiliki kuasa untuk mencipta peraturan khususnya untuk melindungi kepentingan diri.
Menimbulkan persoalan sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.

Teori Interaksionisme Simbolik

Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)
Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar.
Asas penting teori Interaksionisme Simbolik :
·         Mengkaji makna simbolik
·         Mengkaji makna yang tersirat secara subjektif.

RUMUSAN 

Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas.

Pendidikan pula dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.

Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh itu, pendidikan & sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkait rapat antara satu sama lain.

Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuk sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi


Comments

Popular posts from this blog

Pemilihan Seorang Watak dalam kelas Kps3014

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya

Pengurusan Alam Pembelajaran